Resepi Ayam Masak Cili Hijau bersama Petai Rangup. Hidangan pasti licin!

Satu kali makan tak cukup, dua kali makan baru terasa kesedapanya tapi jangan tak berhenti makan pulak ya. Ayam nih kalau dipanaskan keesokkan harinya lagi bertambah sedap rasanya, Masakan kering2-kering macam tu. Cuba buat dan rasa sendiri ya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam 1 ekor.
  • Cili padi hijau 10 batang.
  • Cili hijau 5 batang.
  • Bawang putih 3 ulas.
  • Bawang merah 4 biji.
  • Serai 1 batang.
  • Daun pandan 1 helai.
  • Cili padi hiasan 6-7 biji.
  • Petai secukupnya.
  • Sos ikan 2 sudu besar.
  • Serbuk perasa 1 sudu kecil.
  • Garam secukupnya.
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil (jika suka).
  • Minyak masak untuk menggoreng ayam.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Berempah yang garing dan menasyikkan. Padu beb!

Cara-cara untuk membuat hidangan ini:

  1. Ayam dicuci bersih dan digaulkan bersama kunyit dan sedikit garam.
  2. Dengan menggunakan minyak masak yang baru, goreng ayam sehingga masak.
  3. Kemudian, kisar atau tumbuk cili hijau, cili padi hijau, bawang putih dan bawang merah. Kemudian tumis menggunkan minyak goreng ayam tadi untuk menumis daun pandan dan serai masak sehingga naik bau atau bertukar warna kekuningan.
  4. Masukkan bahan yang dikisar dan sambung masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan Serbuk belacan, petai dan cili padi. Gaul sebati kemudian baru masukkan perasa Knorr dan Sos ikan.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam goreng tadi daun kacau sebati. Sesuaikan rasanya. Bila dah puas hati angat dan boleh dihidangkan bersama nasi panas dan lain-lain lauk yang anda masak.
Baca juga :  Cara membuat Sambal Ayam Penyet yang sedap

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.