Resepi Nyonya Kari Ayam. Rasa yang unik pasti menambat selera anda kelak!

Hari ni saya tukar citarasa masakan Baba Nyonya. “Nyonya Kari Ayam Kapitan.” Kalau ikut sejarah dulu kala, masakan ni dimakan oleh orang peranakan tersohor dan terkenal di Penang juga Melaka. Rasanya unik sungguh menambat selera. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Liza Idris. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1/2 ekor ayam yang dipotong kecil.

Panaskan minyak, gaul ayam dengan garam kunyit dan goreng sampai masak. Angkat dan ketepikan dulu.

Bahan dikisar:

  • 1 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 1 inci lengkuas.
  • 3 batang serai.
  • 6 helai daun limau purut.
  • 2 tangkai daun dan akar ketumbar.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Potong halus dan kisar semuanya. Panaskan minyak, masuk bahan dikisar tadi. Tumis sampai naik bau.
  2. Masuk pula cili kisar 3 atau 4 sudu besar. Tumis sampai pecah minyak. Terjunkan ayam goreng tadi. Kacau sebati sambil selawat dalam hati.
  3. Letak air asam jawa anggaran 2 ke 3 sudu. Kacau dan kacau.
  4. Masuk suku kotak santan. Kacau dan kacau lagi. Masuk pula 1 cawan air. Kacau hingga mesra rakyat. Perasakan dengan 1 sudu gula juga garam secukup rasa. Kacau lagi hingga kuah jadi pekat.
  5. Tabur daun bawang dan dan ketumbar.
  6. Siap! Tunggu apa lagi sendukla nasi.
Baca juga :  Cara untuk membuat Tomyam Santan Lemak Berkrim yang terlalu sedap. Anda pasti akan mempercayainya selepas mencuba.

Selamat menjamu selera.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.