Resepi Kari Ayam Kapitan Pulau Pinang yang paling sedap dan paling nikmat!

Hari ini abang nak kongsikan resepi Kari Ayam Kapitan Pulau Pinang. Nak masak kari ni tidak la renyah sangat tapi sedap yaamat bila makan dengan nasi panas. Kalau kau minat yang pedas-pedas kau perlu lebihkan cili keringnya. Abang ni jenis tak suka terlalu pedas. Jom tengok resepi #DariDapurMR oleh Abang Mohd Rozmie kali ini.

Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

  • Rempah 4 sekawan.
  • 2 ulas bawang besar.
  • 2 sudu besar sos tomato.
  • 100ml santan.
  • 2 atau 3 helai daun limau purut.
  • ½ biji limau nipis.
  • Garam dan Gula.

Bahan-bahan perlu kisar:

  • 1 inci halia dan 1 inci lengkuas.
  • 5 ulas bawang putih dan 10 ulas bawang kecil.
  • 10 tangkal cili kering.
  • 5 biji buah keras.
  • 10gm belacan bakar.

Bahan-bahan perap:

  • 6 ketul ayam.
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  • ½ sudu kecil garam.
  • 1 sudu kecil pes halia dan bawang putih.

Cara-caranya untuk membuatnya:

  1. Abang perap dulu 6 ketul ayam selama 20 hingga 30 minit dengan bahan  1 sudu kecil serbuk kunyit,  ½ sudu kecil garam dan  1 sudu kecil pes halia dan bawang putih (abang tumbuk halia dan bawang putih).
  2. Kisarkan bahan kisar sehingga halus dan lumat. Kalau nak pedas boleh lebihkan cili kering. Dalam masak yang sama boleh panaskan kuali untuk menggoreng ayam. Kemudian, goreng ayam separuh masak dan ketepikan.
  3. Gunakan minyak yang sama dalam kuantiti untuk menumis. Kemudian tumiskan dalam periuk rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga). Kalau ada daun pandan boleh juga masukkan daun pandan sama.
  4. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga berubah warna keperangan. Bila bawang keperangan, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Kau kena pastikan bahan pecah minyak elok.
  5. Bila bahan kisar tadi dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng tadi. Kemudian, masukkan santan, daun limau purut dan 2 sudu besar sos tomato.
  6. Masukkan sedikit air untuk seimbangkan kepekatan kari dan masak sehingga mendidih. Bila kari sudah mendidih kecilkan api. Tutup periuk dan biarkan masak selama 12 minit.
  7. Lepas 12 minit, buka penutup periuk masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Biarkan merenih selama 10 minit. Perahkan jus limau nipis dan biarkan dalam 2 atau 3 minit dah boleh tutup api.
  8. Dah siap Kari Ayam Kapitan Pulau Pinang dari abang kali ini. Kau tengok pun rasa terliur kan. Memang sedap ni makan dengan nasi panas. Kau jangan lupa cuba yer nanti.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Bali sebagai menu sahur dan berbuka anda. Selamat mencuba.

Jom follow rapat-rapat facebook abang di Mohd Rozmie (JimieRay) untuk ikuti resepi-resepi bergambar yang akan abang kongsikan setiap minggu. Boleh cari resepi abang yang lain dengan guna hastag #DariDapurMR.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.