Cara untuk membuat Kuah Bakso yang ringkas, cepat disediakan dan paling enak. Cubalah!

Kuah bakso kali ni kita ikut resepi bibik, menggunakan bawang putih semata-mata. Tapi kena betul-betul tumis perang untuk elak kuah rasa “pedar” bawang putih. Lepas tumis perang, fuhh aroma bawang putih tu memang mengancam. Letak lada putih banyak. Slurp slurp makan. Anak-ana dah berapa kali tambah dah. Jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Hashimah ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:  Kuah Bakso Simple (portion kuah 4 ke 5 dewasa)

  • 6 biji bawang putih blender.
  • 4 sudu makan serbuk lada putih.
  • 2 kiub daging.
  • Bebola bakso.
Baca juga :  Cara untuk membuat Roti Jala dengan mudah dan sedap

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumis bawang putih hingga perang. Masukkan air seperiuk. Masukkan lada putih dan kiub daging.
  2. Bila mendidih, masukkan bebola bakso ikutlah berapa budget nak bagi setiap sorang makan. Tambah garam secukup rasa. Gula  tak perlu.
  3. Biarkan ianya mereneh seketika dan dah siap kuah bakso kita. Saya guna periuk sederhana besar, dalam 3/4 kapasiti periuk nasi.

Selamat mencuba.

Untuk Sambal cili. Cili padi di rebus. Lenyek dengan garam, gula, cuka. Kalau ikut resepi bibik, dia biasa lenyek cili garam dan air je. Untuk Sambal kicap. cili padi+bawang goreng+kicap manis+gula blender sebati.

Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Ayam Goreng Kunyit bersama Sambal Lada yang sangat padu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.