Cara membuat Nasi Tomato beserta Ayam Masak Merah

Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Nasi tomato beserta Ayam Masak Merah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk bahagian Nasi Tomato:

  • Beras sebanyak 6 pot (boleh makan untuk 12-15 orang). Air sukatan ikut pot sukatan beras atau cara masing-masing.
  • 1 atau 2 pot susu cair.
  • Setengah tin Tomato puri.
  • Rempah 4 sekawan.
  • Bawang putih  dan bawang merah yang telah dikisar.
  • Daun pandan, Minyak sapi / minyak masak / Mentega
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara untuk membuat Nasi Tomato:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumis rempah 4 sekawan, daun pandan dan bawang yang telah diksiar tadi.
  2. Apabila dah wangi dan naik bau, masukkan ½ tin tomato pur, tumis lagi.
  3. Masukkan gula dan garam dan sambung menumis kemudian masukkan air yang telah disukat tadi. Kalau guna periuk nasi biasa biarkan sehingga mendidih. Kalau guna Pressure Cooker, lebur je dengan beras dan susu cair.
  4. Tutup periuk dan tekan cook untuk mula menanak nasi.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Nasi Hujan Panas semudah ABC. Kesedapan terjamin!

Bahan yang diperlukan untuk memasak Lauk Ayam Masak Merah:

  • Ayam yang telah goreng separuh masak.
  • Rempah 4 sekawan.
  • Santan Kotak Kecil.
  • Setengah tin Tomato puri.
  • Sos tomato dan Sos cili secukupnya.
  • Cili kering.
  • Serai, daun pandan (wajib ada kalau nak bau ala-ala kenduri), gula kerek / gula biasa / garam / santan (sikit je dalam 3/4 sudu makan).

Cara memasak Ayam Masak Merah:

  1. Panaskan minyak, tumis rempah, daun pandan, serai dan bawang yang telah dikisar.
  2. Masukkan cili kering, tumis sampai pecah minyak. Kemudian masukkan pula gula kerek, tomato puri, sos tomato dan sos cili. Masak sampai pecah minyak lagi.
  3. Rasa dengan lidah gula dan garam agar seimbang dalam masakan. Masukkan sedikit air kalau nampak kuah terlalu pekat.
  4. Masak sampau elok. Kemudian masukkn ayam dan sedikit santan. Gunakan api yang kecil sehingga masak.
Baca juga :  Cara dan resepi untuk membuat Pajeri Terung yang sangat menyelerakan.

Cara dan bahan yang diperlukan untuk membuat Acar Mentah:

  1. Timun, bawang besar, cili besar dan nanas .
  2. Gula, cuka, garam secukup rasa.
  3. Adun semua bahan dan simpan didalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.

Siap! Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Maimunah binti Zulkifli melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.