Resepi Nasi Minyak Hujan Panas digandingkan bersama Kambing atau Ayam Masak Beriani dan Salad Arab. Padu beb!

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. Kali ni kami nak kongsikan kepada anda Resepi Nasi Minyak Hujan Panas digandingkan bersama Kambing Masak Beriani dan Salad Arab.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hidayati Hana. Terima kasih.

Bahan untuk Nasi Minyak Hujan Panas:

  • 3 cawan beras basmathi.
  • 1 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • Rempah 3 sekawan – kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga.
  • 2 sudu besar mentega / minyak sapi.
  • 1 kiub pati ayam.
  • 1/2 cwn susu cair.
  • 2 helai daun pandan.
  • Pewarna ( hijau, merah, kuning ).
  • Kismis secukupnya.

Cara menyediakan Nasi Minyak Hujan Panas:

  1. Beras direndam dulu lebih kurang 30 minit dan toskan airnya . Panaskan mentega dan tumiskan bawang dan halia yang telah dikisar halus.
  2. Masukkan 3 sekawan dan daun pandan. Bila bawang dah garing masukkan susu cair, air, kiub pati ayam dan garam.
  3. Tuangkan adunan tadi ke dalam periuk nasi. Biarkan nasi masak, bila nasi dah kering, titikkan pewarna dan tabur kismis. Biarkan 5 minit baru gembur-gemburkan nasi guna garfu supaya nasi tak patah.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Ketumbar yang sangat menyelerakan. Sesuai digandingkan dengan pelbagai menu lain.

Bahan A untuk Kambing Masak Beriani:

  • 1 kilo kambing.
  • 4 sudu besar rempah beriani.
  • 1 cawan yogurt asli.
  • 3 biji kentang – dipotong 4.
  • 2 biji tomato – belah 4.
  • 3 biji cili merah – hiris.
  • 2 biji cili hijau – hiris.
  • 1 biji bawang besar – dipotong 4.
  • 1 ikat daun ketumbar- potong kasar.
  • 3 cawan air.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Bahan A (Bahan Tumisan) untuk Kambing Masak Beriani:

  • 5 biji bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 4 sekawan.

Cara-cara untuk menyediakan Kambing Masak Beriani:

  1. Kambing dibasuh dengan tepung gandum untuk hilangkan bau. Masukkan dalam periuk dan rebus sehingga empuk. Bila dah empuk, perap kambing dengan rempah beriani seketika.
  2. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan daging kambing dan air. Kacau sehingga pecah minyak dan masukkn kentang.
  4. Masukkan yogurt dan masak sehingga kentang empuk.
  5. Masukkan tomato, daun ketumbar dan cili kemudian masukkan garam dan gula.
  6. Biarkan masak seketika dan boleh tutup api selepas dah puas hati dengan masakan kita.
Baca juga :  Cara membuat Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Sedut-sedut sedar-sedar dah habis!

Bahan untuk membuat Salad Arab:

  • 1 biji timun.
  • 1 biji karot.
  • 1 biji tomato.
  • Daun ketumbar.
  • Bawang besar.
  • Air lemon.
  • Garam dan gula.

Cara-cara untuk membuat Salad Arab:

  1. Potong dadu kesemua bahan. Kemudian perahkan lemon dan masukkan hirisan daun ketumbar.
  2. Perasakan dengan garam dan gula.
  3. Siap dah Salad Arab kita.

Jadi, dah siap semua komponen kita. Kalau nak tambah Ayam masak merah boleh tengok resepi Cara untuk membuat Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah. Menu kenduri yang anda rindukan.  Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.