Resepi Kerabu Suhun penambah selera anda sekeluarga!

KERABU SUHUN sedap pedas masam-masam manis buat tambah selera makan. Share awal senang kalau ada yang teringin nak buat boleh cari bahan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 paket suhun direndam air panas.
  • 6-7 ekor udang segar.
  • 6 batang crabstick.
  • 5 biji cili padi merah/hijau*.
  • Sedikit gula.
  • Sedikit sos ikan.
  • 2 labu bawang putih jeruk.
  • 2 biji limau nipis.
  • 1 ikat daun ketumbar.
  • 1 labu bawang besar Holland.
  • 2 biji buah tomato.
  • 1 btg serai.
  • 1 sdt cili flakes.
Baca juga :  Ini cara lengkap dan mudah untuk membuat Pai Epal. Anda pasti puas hati dengan hasilnya nanti!

Cara-cara:

  1. Rebus udang dan crabstick hingga masak dan potong crab stick kepada tiga.
  2. Bawang besar, tomato, cili padi merah/hijau, daun ketumbar, bawang jeruk dan serai dihiris nipis-nipis.
  3. Masukkan suhun, Kemudian masukkan sos ikan, jus limau, ajinomoto, gula dan air bawang jeruk.
  4. Taburkan daun ketumbar yang dipotong kasarĀ² dan juga cili flakes.
  5. Gaul semua bahan-bahan tadi sehingga sebati dan rasakan masam-masam pedas manis kerabu suhun ni.

Dah siap. Selamat mencuba semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.