Cara untuk membuat Udang Bakar Perap padu. Cicah dengan sos thai memang sedap mencengkam la!

Kembali lagi besama ibu didapur. Kali ni Puan Ameera berkongsi pula cara untuk membuat Udang perap mudah dan sungguh lazat. Sahih! Cara dan bahan disetiap gambar. Pekena dengan sos thailand waduh waduh waduh, sungguh menyelerakan.

Bahan-bahan dan cara-cara untuk membuatnya:

1. Bawang putih 1 ulas. Cukup 1 ulas untuk rasa dan bau bawang putih tu. Udang tu ibu guna setengah kilo.

2. Garam 1 sudu kecil.

3. Lada hitam 1 sudu kecil. Ibu main tonggeng je sebab dah pro. Malas nak bangga je.

4. Soa cili 1 sudu makan.

5. Bbq sos 1 sudu makan.

6. Lada sulah sedikit sahaja. Acah acah letak tapi tak. Ntah la kau tu. Tiber! Hahaha

7. Part ni selalu ibu bebel, tolonglah gaul pakai tangan, kalau nak pakai bulu mata juga sukatilah kau. Air tangan tu penyedap segala apa masakan pun. Tak percaya? Pergi tanya jiran kau.

Baca juga :  Resepi untuk membuat Kuah Percik Kelantan. Boleh guna pada ikan dan juga ayam!

8. Ambil lidi satay cucuk kemas kemas. Baki lidi simpan, takpon boleh main kalau gerak lidi dia kalah. Best juga kan time pkp ni.

9. Begini semuanya. Siap berbaris, tinggal nak masuk kuali je kejap lagi.

10. Adusss bahangnya, panasnya. Begini tau. Ibu sapu sedikit minyak supaya tidak melekat.

11. Siap dah. Susun cecantik sebelum dibaham. Sekali tangan datang kejap lagi beduyun. Hashtag anak ramai gais.

12. Ibu letak daun ketumbar sikit. Sedapppppppp!

13. Nikmatnya sampai mata hitam tak nampak. Cobalah

14. Sos ni tau. Siap dah ada juap dikedai. Cari leklok!

15.Ermmm tak sampai 2 saat panggil anak anak makan, sekali toleh dah clear. Ibu punya mana nak. Nak lari masuk batu belah batu bertangkup lah. Telan lah aku kunyah lah aku. Aku kempunan udang perapan letops ibu. Gitu! Jangan serius sangat. Gurau je. Selamat mencuba semua.

Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Siakap Masak Kengsom yang padu dan terbaik.

 

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.