Resepi mudah untuk membuat Ikan Siakap Bakar Portugis yang mengasyikkan selera anda. Pasti puas hati!

Korang pun tahu cheyah punya resepi opkoslah mudah dan cepat. Paling penting is so sedapppp. Harini cheyah nak share resepi ikan bakar Portugis.

Resepi ni bagi cheyah sangat sesuai untuk orang diet yang teringin nak makan bersambal. Sebab apa? Sebab ia tak tumis pun. Terus blander dan bakor jur. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Bahiah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ekor ikan siakap.
  • 2 sudu besar cili kisar.
  • 3 biji bawang merah.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 2 inci halia.
  • 1 biji bunga kantan.
  • 2 batang serai.
  • Hiasan tomato dan bendi.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Daun pisang untuk lapik..
  • Sedikit minyak.
Baca juga :  Cara untuk membuat masakan Ikan Pais

Cara Penyediannya pula:

  1. Satukan semua bahan bahan di dalam blander. Kisar halus dan tambahkan garam serta gula. Kisar sebati.
  2. Ambil daun pisang, lumurkan dengan sedikit minyak. Ikan siakap pula lumurkan dengan sedikit garam jika suka.
  3. Masukkan bahan kisar atas ikan. Taburkan bahan hiasan dan bakar. Bkar sehingga ia masak. Settle

Mudah bukan? Makan pun sedap. Cheyah ratah begitu saja. Rasa pedas, rempah, masin manis secukup rasa. Trylah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.