Resepi Apam Susu Warna Warni Pelangi

Hari ni kami nak kongsikan menu atau kuih yang menjadi kegemaran semua orang. Kuih Apam Susu warna warni pelangi. hehe Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 biji telur ayam.
  • 1 cawan gula.
  • 1 sudu besar ovalett.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 3 sudu besar susu pekat.
  • 3 sudu besar minyak masak.
  • 3 sudu besar susu cair.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Telur, gula, ovalett, esen vanilla pukul sehingga kembang dan gebu putih.
  2. Masukkan susu pekat dengan minyak masak pukul lagi.
  3. Masukkan pula tepung gandum. Pukul sehingga sebati. Akhir sekali masukkan susu cair. Yang ni saya kaup balik je adunan.
  4. Bahagi beberapa bahagian yang kita nak. Masukkan pewarna atau perisa. Acuan jangan lupa sapu minyak.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit.
Baca juga :  Apam Mekar warna-warni ini bakal melengkapkan kudapan anda sekeluarga!

p/s: Panaskan air kukusan sehingga mendidih dan balut tudung pengukus dengan kain tau. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.