Cara untuk membuat Roti gulung Sardin. Menu untuk sarapan pagi anda sekeluarga.

Cara untuk membuat Roti gulung Sardin. Menu untuk sarapan pagi anda sekeluarga. Jom kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Siti Noor Hidayah Samah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk Inti Sardin:

  • 1 tin sardin. Saay ambil isi ikan sahaja dan hancurkan.
  • 1 biji bawang besar dicincang halus.
  • 3 sudu besar sos tomato.
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar mayonis.
  • Garam dan Gula secukupnya.

Cara-cara membuat Inti Sardin:

  1. Tumis bawang hingga wangi. Masukkan sos tomato & sos cili. Kacau sekejap.
  2. Masukkan ikan sardin dan kacau sebati. Perasakan dengan garam & gula.
  3. Masak hingga sedikit kering. Tutup api dapur & masukkan mayonis. Kacau rata.
  4. Masukkan inti ke dalam roti dan gulung kemas2. Ketepikan.
Baca juga :  Resepi dan Cara Untuk Membuat Pastri Sardin Gulung Bakar

Bahan-bahan untuk Bancuhan Tepung Salut:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu besar tepung jagung.
  • 2 sudu besar tepung beras.
  • 1/4 cawan tepung Bestari original. Kalau suka pedas guna yang spicy.
  • 2 sudu besar marjerin.
  • 2ΒΌ cawan air.

Cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender & kisar.
  2. Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan & goreng hingga masak.

Tips tak nak bagi roti serap minyak jangan balik-balikkan banyak kali masa goreng. Cukup sekali balik je.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.