Cara untuk membuat Ikan Tenggiri Masak Merah. Resepi terbaik untuk anda!

Dah ada yang pernah cuba masakkan ini? Kalau yang dah cuba mesti tahu rasanya ade sedikit kelainan daripada rasa sambal tumis. Yang belum cuba, jom kite masak dan cuba rasa sendiri masakkan ikan masak merah ni.

Resepi ini adalah kepunyaan Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan tenggiri 6 potongan dan digoreng dahulu.
  • 1 batang serai diketuk.
  • 1 helai daun pandan disimpul.
  • 4 ulas bawang putih diketuk.
  • ½ biji bawang besar dipotong bulat.
  • 5 sudu besar cili kisar.
  • 1 sudu kecil tomato paste.
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 1 biji tomato dibelah 6.
  • 1 sudu kecil serbuk belacan.
  • Gula 1 sudu besar.
  • Serbuk perasa jika perlu.
  • Minyak masak secukupnya.
Baca juga :  Resepi Ramadhan cara untuk membuat Daging Masak Merah ala Thai yang bakal menjadi salah satu menu sahur dan berbuka anda.

Cara-cara untuk memasaknya:

  1. Panaskan minyak kemudian masukkan serai, bawang putih dan daun pandan. Tumis sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
  2. Masukkan bawang merah yang dipotong bulat dan masak sehingga layu.
  3. Masukkan cili kisar. Kemudian tumis sehingga pecah minyak dan cilinya masak dengan sempurna.
  4. Apabila cili sudah pecah minyak, masukkan serbuk belacan, tomato, Sos cili, Sos tiram. Gaul dan masak hingga semua sekata.
  5. Kemudian, masukkan gula dan ikan yang telah digoreng. Gaul lagi sehingga rata dan sebati.
  6. Angkat dan siap dihidang.
Baca juga :  Cara untuk membuat menu Sotong Bakar Menangis yang akan melengkapkan juadah berbuka anda.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.