Cara buat Roti Boy yang gebu gebas dengan topping nescafe yang padu!

Biasanya kalau pergi ke mall, mesti akan beli roti ni. Maklumlah dari jauh lagi memang dah hidu bau semerbak aroma kopi yang wangi sungguh. Kali ni cuba buat sendiri. Memang gebu. Guna sukatan cawan je senang. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Ida Zaida. Selamat mencuba.

Bahan-bahan (A) Roti Boy:

  • Air sejuk 1/4 cawan.
  • 2 sudu yis.
  • 1 sudu gula.
  • 1 sudu susu pekat (saya guna susu tepung anak je 2 sudu).
  • 2 cawan tepung.
  • 1 biji telur kuning.
  • 1 sudu butter.

Bahan-bahan nescafe topping (B):

  • 1 sudu butter.
  • 4 sudu gula perang (bergantung nak banyak mana).
  • 1 biji telur.
  • Air bancuhan nescafe (saya guna 3 in 1).
  • 2 sudu tepung gandum.
  • 1 sudu tepung jagung.

Cara-caranya untuk membuatnya (Doh roti):

  1. Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk. Uli sampai sebati. Saya uli dengan mixer sekejap je dah gebu. Nak uli dengan tangan pun boleh.
  2. Bentukkan doh bulat-bulat, bubuh sedikit potongan butter berserta sedikit gula untuk bagi rasa lemak-lemak manis.
  3. Bila doh dah mengembang elok. Letak topping barulah di bakar.
  4. Bakar suhu 170 darjah selama 20 minit hingga masak mengikut oven masing-masing.
Baca juga :  Cara Buat Peanut Butter Homemade Lebih Sihat & Tanpa Gula

Cara buat Bahagian topping:

  1. Satukan semua bahan B bersama air bancuhan nescafe (2 sudu nescafe ditambah 2 sudu air panas).
  2. Kalau guna nescafe 3 in 1 sebanyak 1 paket tanpa perlu dibancuh dengan air. Masukkan je terus.
  3. Kacau rata sampai sebati dan boleh letak atas roti dan bakar.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.