Ada roti lebih? Jom kita buat cucur roti ni. Pakai roti Gardenia je dah sedap!

Alhamdulillah. Saya nak share resepi Cucur Roti Gardenia cara saya. Resepi ni takde telur. Bagi yang alergik telur bole la cuba. Rangup diluar lembut didalam. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noriza Jaja. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 keping roti(jenama apa2 bole guna asalkan roti).
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 biji bawang besar hiris.
  • Daun bawang, cili merah, kucai, Carrot di hiris halus dan taugeh.
  • Udang/ikan bilis/isi ayam/sosej dan sebagainya boleh diisi.
  • Garam dan megi cukup rasa secukupnya. Jika suka letak serbuk kunyit boleh letakkan sikit.
  • Anggaran 2 cawan air biasa.
Baca juga :  Resepi Wanpaku Sandwich Viral Senang & Healthy. Yang pasti memang sedap sehingga ke gigitan yang terakhir.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Letak semua bahan kecuali air dalam mangkuk kemudian masukkan air sikit-sikit dan gaulkan sehingga jadi adunan yang pekat.
  2. Panaskan minyak dan sendukkan bancuhan dan goreng hingga garing.
  3. Bila dah siap goreng toskan minyaknya dan sedia dinikmati bersama yang tersayang.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.