Resepi Lengkap untuk membuat Donut Gebu Gebas.

Kami nak kongsikan kepada anda Resepi Lengkap untuk membuat Donut Gebu Gebas. Buat petang semalam pagi ni tetap lembut lagi.

Petua kalau tak nak bagi gula mudah cair ialah dengan memastikan donat betul-betul kering dan tidak berminyak masa nak letak gula. Goreng biar minyak yang panas dan api slow masa masukkan doh. Resepi ini telah dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 peket yis.
  • 1 1/2 cawan air suam.
  • 2 sudu besar gula.
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • Sedikit garam.
  • Tepung gandum cap ros 1 peket. Jangan habiskan sepeket tu. Tinggalkan agak-agak dalam 2 cawan.
  • 3 sudu besar Planta.
Baca juga :  Cara untuk membuat Lompang Cendol. Comel-comel je nampak lompang cendol ni.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan semua bahan biar yis berbuih. Gaulkan tepung gandum bersama planta sehingga menjadi serbuk. Kemudian curahkan air yis yang dah berbuih tadi.
  2. Uli sehingga tak melekat di tangan. Kalau lembik tambahkan tepung dan kalau keras boleh tambahkan air.
  3. Perapkan doh selama lebih kurang 20 minit.
  4. Bila doh dah kembang, bulatkan doh. Saya guna tangan je. Bulat sampai habis doh dan goreng menggunakan minyak yang panas.
  5. Bila dah siap goreng. taburkan gula halus diatasnya. Pastikan donut tadi kering dari minyak supaya gula tidak cair.
Baca juga :  Resepi Bamboloni Lembut dan Gebu.

Selamat mencuba dan selamat mendonat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.