Resepi untuk membuat Donut Kampung yang terlajak gebu bersama tips membuatnya yang sangat berguna.

Selamat mencuba! Dan selamat berbuka belaka deh. Resipi mudoh-mudoh je. DONUT KAMPUNG dengan menggunakan Sukatan Cawan.

Bahan-bahannya:

  • 2 cawan Tepung Gandum.
  • 3/4 sudu teh Yis.
  • 3/4 cawan Air Suam kuku.
  • 1 sudu besar Gula Pasir.
  • 1/2 sudu teh Baking Powder.
  • 1 sudu besar Marjerin.
  • 1/4 sudut teh Garam.

Salutan : Gula Kastor/Gula Halus.

Cara penyediannya :

  1. Masukkan gandum dan semua bahan di atas KECUALI yis & air ke dalam mangkuk. Gaul hingga rata.
  2. Kemudian masukkan Yis & juga Air . Gaul sebati dan uli sehingga licin lebih kurang 10 hingga 20 minit. Kemudian bahagikan kepada 8 biji bebola kecil dan bulatkan . Letak atas dulang yang ditabur sedikit gandum .Kemudian tutup selama 10 minit.
  3. Setelah itu tekan sedikit dibahagian tengahnya dan tutup semula. Tutup selama 15 minit.
  4. Kemudian bolehlah dibuat lubang. Peram lagi sehingga ia naik 2 kali ganda (Kurang lebih 25-30 minit).
  5. Panaskan minyok dan goreng guna api sederhana dengan sekali balik sahaja.
  6. Sesudah masak angkat dan toskan minyoknya. Kemudian bolehlah disalut dengan gula kastor/gula halus ketika ia masih suam.
Baca juga :  Jom cuba Ayam Masak Bali ni. Sekali rasa pasti puas hati!

Tips:

Angkat donut menggunakan spatula plastik ATAU scraper plastik yang disapukan dengan sedikit tepung ketika hendak menggoreng. Dengan cara di atas ia akan mengelakkan donut anda daripada menjadi kempis disebabkan oleh tekanan daripada jari anda. Terima kasih kepada Puan Asma Mohmed untuk resepi ini.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.