Resepi dan Cara membuat Nasi Arab

Alhamdulillah betul-betul sedap resepi Nasi Arab nie. Tanpa guna rempah yang dijual pun. Resepi dari group nie jugak. Husband dan anak-anak puji sedap dan sama macam makan kat kedai. Terbaik resepi nie.

Bahan untuk rebusan Ayam, Sup dan Nasi.

  • 1 ekor ayam potong 4.
  • *1 biji tomato belah 4.
  • *1 bji bawang besar belah 4 atau 6.
  • *1 sudu kecil jintan manis (biji).
  • * 1 sudu kecil ketumbar (biji).
  • *2 sudu kecil lada hitam.
  • *3 biji buah pelaga.
  • 2 kiub ayam.
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1 sudu kecil rempah kurma ( saya guna 2 sudu besar ).
  • Akar ketumbar.
  • Garam.

Bahan-bahan yang bertanda untuk rebusan ayam tak payah kisar ye. Masuk je macam tu. Nak kuah lebih tambah sikit bahan-bahan.

Baca juga :  Resepi dan Cara Membuat Meatball Ala-ala IKEA

Cara untuk menyediakan Nasi.

  • *Tumis Bawang besar setengah biji mayang.
  • *Halia seinci dan 3 sekawan.
  • *2 sudu besar mentega.
  • Air rebusan ayam.
  • 1 cawan beras 1 1/2 cawan air (Basmathi).
  • Garam.

Tumis semua bahan yang bertanda * diatas dan masukkan dalam beras yang siap dicuci., Tambah air rebusan ayam & daun ketumbar. Ambil ayam yang direbus masukkan sekali dalam nasi.

Bahan untuk Sambal Arab

  • Cili api & cili merah.
  • Tomato.
  • Bwg putih.
  • Daun ketumbar.
  • Garam & Gula.

Kisarkan semua bahan diatas dan tambahkan jus lemon secukupnya.

Bahan untuk membuat Salatoh.

  • Timun dadu.
  • Tomato dadu.
  • Bawang besar dadu.
  • Garam & Gula.

Satukan semua perah jus lemon secukupnya.

Baca juga :  Cara membuat Nasi Bukhari Sempoi

Ayam yang nak versi bakar.

Saya lebih suka versi masuk dalam nasi. Lembut sangat isi.

  • Serbuk kari.
  • Serbuk cili.
  • Sos tiram.
  • Garam.
  • Brown sugar / madu (saya guna madu).
  • 2 sudu besar Minyak masak.

Perap ayam seketika & bakar dalam oven dengan suhu 150°c selama 20-30 minit.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Norashikin Ismail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.