Resepi Nasi Ayam Mandy. Rasa nasi Dan ayam yang sangat lembut Dan berjus.

Nasi Ayam Mandy. Dengar nama pun dah buat kecur air liur kan. Kesedapannya memang tak boleh nak disangkal lagi. Cuma kalau makan dikedai harganya boleh mencecah RM20 hingga RM30 sepinggan bergantung kepada restoran yang anda pergi.

Jadi kami kongsikan kepada anda resepi untuk membuatnya sendiri di rumah. Bolehlah sambil-sambil mengisi masa lapang PKP ni untuk membuat resepi berbuka kelak. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Rebus ayam 1/2 ekor 30minit bersama;
  •  1 kiub pati ayam.
  • 1/2 sudu besar jintan manis.
  • 1/2 sudu besar ketumbar.
  • 1/2 sudu besar lada hitam biji.
  • 1 biji bawang besar yang dipotong 4.
  • 1 cili hijau/merah dipotong 2.
  • 1 biji tomato dipotong 4.
  • Sesudu kecil garam.

Bagi bahan untuk menyediakan Nasi adalah seperti berikut:

  1. Beras Basmathi sebanyak 3 cawan dan direndam selama 30 minit.
  2. Tumis planta sesudu besar, daun kari (optional), 1/2sudu jintan manis, 1/2sudu ketumbar biji, 1 kulit kayu manis. Kemudian masukkan beras yang telah direndam. Gaul selama 1 minit kemudian pindah masuk ke dalam periuk nasi.
  3. Letakkan sup ayam ikut paras masak nasi yg sesuai. Letak bersama tulang-tulang ayam (kaki dan leher). Kemudian masukkan sekali bahan-bahan dalam sup tersebut iaitu tomato, bawang, lada dan lain-lain.
  4. Tabur daun sup atau ketumbar, masak macam biasa nasi tersebut. Baki sup tu nanti boleh jadikan sup untuk makan dengan nasi kemudian.
  5. Bila nasi dah masak, buka penutup dan titiskan pewarna merah dan kuning sikit. Gemburkan nasi tadi menggunakan garfu.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Ketumbar yang sangat menyelerakan. Sesuai digandingkan dengan pelbagai menu lain.

Bahan untuk membuat Acar pula:

  1. Potong dadu 4 biji tomato, timun dihiris halus termasuk kobis dan carrot.
  2. Perah lemon, garam dan gula.
  3. Bagi resepi sambal tomato pula:
  4. Kisarkan 2 biji tomato saiz sederhana, 2 biji cili besar, 10 biji cili padi, garam, gula dan perahan air asam jawa atau lemon.
  5. Hiris halus bawang besar dan tomato kemudian gaul dengan bahan yang telah dikisar tadi.

Untuk bahagian Ayam pula.

Keluarkan ayam dalam sup tadi dan lumurkan bersama kunyit, kicap manis kemudian perapkan ayam tadi sekejap. Kemudian bakar sekejap bagi mewujudkan rasa garing tu.

Baca juga :  Cara membuat Ikan Pekasam. Resepi yang perlu ada menjelang Ramadan!

Siap.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.