Cara untuk membuat Menu Nasi Khoumok bersama Ayam Goreng berempah. Senang dan sangat sesuai untuk anda seisi keluarga.

Masak sekali gus pagi n tengahari NASI KHOUMOK. Senang keje, lepas ni boleh berkebun plk. Jom tengok resepi. resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan beras basmathi.
  • 2 1/2 cawan air.
  • 3 sudu besar minyak sapi/ mentega.
  • 2 batang akar ketumbar.
  • 3 sudu besar rempah khoumok.
  • Rempah 4 sekawan.
  • 1 pokok daun ketumbar hirus kasar.
  • 1 kiub ayam.
  • 2 sudu besar susu pekat manis/ cair.

Bahan-bahan hiris:

  • 1 labu bawang besar merah.
  • 1 Inci halia.
  • 4 ulas bawang putih.

Cara-cara memasak:

  1. Cuci beras basmathi rendam selama 30 minit atau 1 jam.
  2. Masak air dlm rice cooker hingga mendidih sambil-sambil tu panaskan minyak sapi/mentega dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan hiris hingga wangi.
  3. Masukkan rempah komok dan kacau supaya tidak hangus. Masukkan akar ketumbar dan beras. Goreng sekejap beras. Hati-hati kacau takut hancur.
  4. Tuangkan beras dlm rice cooker berisi air mendidih tadi dan masukkan juga susu, kiub ayam dan garam.
  5. Tekan butang cook dan masak nasi macam biasa.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Goreng Planta/Butter. Bakal menjadi menu kegemaran anak.

Bahan-bahan untuk ayam goreng berempah:

  • 1 ekor ayam dipotong 12 ketul.
  • 1 labu bawang putih.
  • 4 batang Serai.
  • 2 inci halia.
  • 1 sudu besar ketumbar biji.
  • 1 sudu besar serbuk kunyit.
  • 2 sudu besar cili giling.
  • Sedikit garam dan serbuk perasa.

Cara-cara membuat ayam goreng berempah:

Bahan-bahan ni diblend semua dan lumur pada ayam. Perap selama 30 minit atau sejam. Goreng ayam dalam minyak terendam hingga masak.  Nak dapatkan ayam yg cantik dan serdak-serdak yang tak hangus kena jaga main api. Jangan terlalu besar atau kecik apinya.

Bahan-bahan untuk membuat Sos Cili Thai:

  • 10-15 biji cili padi merah hijau.
  • 4 biji cili besar merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 pokok akar ketumbar.
  • 2 biji tomato masak ranum.
  • 1/2 cawan cuka.
  • 1/2 cawan air asam jawa.
  • Gula dan garam secukup rasa.
Baca juga :  Cara membuat Ayam Golek. Resepi yang sedap dan lengkap.

Cara-cara membuat sos cili thai:

  1. Kisar semua bahan-bahanya diatas.
  2. Masak hingga agak pekat dan nampak berkilat.
  3. Hidang bersama nasi khoumok, ayam goreng berempah, sos thai, daun salad, hirisan timun dan juga tomato.

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.