Resepi Dan Cara memasak Ayam Masak Ungkep. Resepi pilihan untuk anda sekeluarga!

Masak ungkep ayam harini. Cara saya. Sebab ungkep ni banyak cara dan bahan masakan sesetengah orang tak sama. Jom kita cuba resepi yang terbaik untuk anda cuba. Pastinya anda akan berpuas hati dengan kesedapanya nanti. Selamat mencuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Asmida Asman. Terima kasih.

 

Bahan dibawah ini perlu dikisar ya:

  • Cili padi merah dan hijau.
  • Bawang besar.
  • Bawang putih.
  • Halia.
  • Kunyit hidup.
  • Ketumbar biji.
  • Serai titik sahaja atau diketuk.

Cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan bahan kisar tadi sampai pecah minyak.
  2. Masukan serai. Bila bahan dah garing masukan ayam dan gaul mesra. Jangan tambah air. Biar air ayam keluar sendiri.
  3. Tutupkan kuali (ungkepkan). Selepas 15 minit buka kaup balikkan ayam. Letak garam serta perasa dan air asam jawa.
  4. Tutup lagi sampai masak sempurna. Makan dengan nasi putih atau nasi impit. Nak tau tak. Ungkep daging lagi sedap tau!
Baca juga :  Resepi Bengkang / Bingka Ubi Kayu yang menarik dan memikat selera kita semua.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.