Resepi Kerutuk Ayam & Telur. Sekali rasa pasti anda rindu akan kesedapnya.

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat resepi Kerutuk Ayam Pencen & Telur. Menu pasti licin kerana kesedapnya. Menurut pemilik resepi ini iaitu Cikgu Afy Al Habibi;

Kerutuk Ayam Pencen yang memikat. Resepi asli dari cikgu orang Kelantan. Terima kasih yang respons ramai nak resepi ini. Baru semangat cikgu kongsi. Siap ada dua bahan rahsia penting cikgu tambahkan kali ini. Jom kita mula masak.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Kuantiti ayam pencen 1/2 ekor.
  • Kulit jangan buang, cabut bulu je kalau ada.

Bahan-bahan kisar:

  • 5 biji bawang saiz 20 sen baru.
  • 1 ulas bawang putih.
  • Sehiris nipis halia.
  • Sehiris nipis lengkuas.
  • 2 hinnga 3 hiris bulat nipis serai. Bukan sebatang ya.
  • 1/2 sudu kecil campuran rempah ketumbar bersama jintan manis.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan tiga sekawan; kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga. Kemudian tuang bahan kisar tadi. Tumis sehingga naik bau.
  2. Bahan paling penting, rempah kerutuk. Cikgu bawa khas dari negeri cikgu, Kelantan. Rempah timbang. Dari segi bau pun, rempah ini ada aroma tersendiri. Lain dari cap biasa. Sedap? Sangat dijamin. Cara gunanya; ambil 2 1/2 sudu besar rempah kerutuk.
  3. Masukkan dalam periuk tadi. Tumis seketika kira-kira dua minit guna api perlahan sampai garing sedikit. Masa ni tak perlu tambah air lagi ya. Masukkan sedikit asam jawa. Barulah tambahkan secawan air.
  4. Tutup periuk selepas bahan perasa dimasukkan kira-kira sepuluh minit dalam api perlahan. Biarkan sehingga tumisan pecah minyak.
  5. Kemudian perasakan dengan; sekeping nisse saiz kecil atau 2 sudu gula melaka, 1 sudu kecil garam bukit dan 1 sudu kecil serbuk perencah secukup rasa. Cikgu guna jenama Hilal. Beli dekat Tesco ada ya.
  6. Seterusnya susun ayam pencen tadi. Masukkan segelas air kosong. Balik-balikkan.
  7. Semasa mereneh, masa yang diambil sangatlah lama untuk isi ayam empuk. Tahu kan, ayam pencen dagingnya keras. Jadi cikgu tambah 2-3 gelas lagi air sepanjang proses ini. Balik-balikkan sesekali. Lebih kurang 3 jam juga cikgu mereneh semalam dalam api paling perlahan.
  8. Selepas isi empuk, inilah rahsia kedua cikgu. Untuk menambahkan sedikit rasa sensasi dan warna gulai kerutuk yang tersangat cantik, masukkan 1/2 senduk kecil kicap pekat Jalen. Fuhhh gulai pasti terlihat menarik.
  9. Kemudian masukkan 3/4 santan kotak saiz 250 ml. Tambahkan dengan 1 cawan air. Kena tengok juga. Kalau ada lebihan air yang masih banyak selepas mereneh tadi, kurangkan air tambahan ok.
  10. Tambahkan perisa peringkat kedua; 1 sudu besar gula, 1 atau 1 1/2 sudu kecil garam bukit. Kuantiti terpulang kepada citarasa masing-masing atau ikut sukatan kuah yang terhasil. Renehkan lagi gulai 5-10 minit. Kacau sesekali.
  11. Nak gandingkan telur sekali dalam kuah kerutuk begini caranya; rebus telur seperti biasa. Sejukkan. Selepas dikupas, goreng seketika. Elakkan terlalu lama supaya kulit luar telur tidak keras.
  12. Sebelum gulai ditutup apinya, masukkan telur tadi. Nampak tak kuah kerutuk yang terhasil? Terserlah kelazatannya kan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bendi Goreng Tumis Belacan bersama Udang. Resepi kegemaran anda kelak!

Hidangkan. Buat stail mamak letak kuah dalam pinggan. Seni sikit nampaknya. Apappun kena cuba resepi kerutuk cikgu kali ini. Sangatlah terbaik makan dengan nasi wangi. Boleh jengah fb cikgu untuk resepi lain yang lebih sedap.
Semoga bermanfaat. Dah tengok sampai habis, jangan lupa like, komen dan share ok.

Ada dua tips rahsia masakan kerutuk lebih wangi dan sedap cikgu pecahkan dalam resepi kali ini. Pertama, ketuk sebatang serai sederhana besar. Tips kedua nak tambahkan keenakan dan kelemakan kuah kerutuk, masukkan 1 sudu kecil kerisik.

Baca juga :  Ada penggemar Singgang Budu Daging dan Tulang. Rasanya memang sedap dan terbaik punya!

Gambar penuh boleh rujuk post asal disini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.