Resepi Roti John bersama intinya yang sangat padu dan menyelerakan.

Roti John ni sangat popular ketika bulan puasa. Macam-macam jenis ada. Cheese leleh la, kambing la. Tapi dalam musim PKP ni kami kongsikan Resepi Roti John yang mudah untuk dibuat dan sedap. Selamat mencuba. Dijamin puas hati.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut. Sukatan adalah untuk 4 biji ya.

  • Roti sosej kerat 2 dan disapu dengan mentega / majerin.
  • 4 biji telur ayam.
  • Carrot secukupnya.
  • Daun sup secukupnya.
  • 1 biji cili merah yang dipotong dadu.
  • 1 biji bawang besar juga dipotong dadu.
  • 1 sudu besar rempah kari daging.
  • 1 sudu kecil serbuk black paper.
  • Daging cincang / daging burger.
  • Garam secukupnya.

Caranya mudah. Gaul sebati semua bahan di atas. Kemudian panaskan pemanggang ajaib / kuali leper. Pastikan letak sedikit majerin / butter untuk menggoreng bahan tadi. Selepas itu boleh letak semua adunan tadi agak-agak cukup untuk 2 biji roti.

Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Ayam Percik Putih Asli Kelantan. Menu popular di Pantai Timur!

Lepas itu boleh tabur keju mozarella jika ada. Biar dia mencair sekejap kemudian baru letakkan roti. Tekan-tekan sikit roti atas telur tadi. Biarkan sebentar barulah diterbalikkan untuk bagi telur tadi melekat pada roti. Bila dan siap boleh la letak sos pilihan anda dan boleh dijamu pada mereka yang dah tunggu dari tadi. Hehe.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Nurul Husna Yusuf melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

One thought on “Resepi Roti John bersama intinya yang sangat padu dan menyelerakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.