Pernah Makan Bihun Sup Jenama Pama? Rupanya ini cara untuk membuatkanya lebih sedap daripada biasa.

Pernah Makan Bihun Sup PaMa? Rupanya ini cara untuk membuatkanya lebih sedap daripada biasa. Resepi ini telah dicuba dan dikongsikan oleh Puan Hayati Saidin. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 keping Bihun pama. Bukan bihun pama yang segera tau.
  • 5 ulas bawang putih ditumbuk halus.
  • Sekeping dada ayam dipotong kecil.
  • Sekeping fish cake dipotong nipis.
  • 6 biji fish ball dibelah dua.
  • 1 sudu besar lada putih.
  • 1/2 kiub pati ayam Maggi.
  • 1 sudu teh serbuk Maggi secukup rasa.
  • Sedikit Garam.
  • Daun sup / daun bawang dipotong nipis.
Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Sambal Ikan Bilis Goreng

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak kemudian tumiskan bawang putih. Apabila bawang putih dah agak kekuningan masukan ayam, fish ball dan fish cake kemudian kacaukan hingga sebati.
  2. Masukkan air mengikut kadar kuah yang kita nak. Nak bagi lebih kuah pun tak apa sebab nanti bila kita masukkan bihun akan kembang dan serap air. Nanti kuah kering.
  3. Bila dah mendidih air tadi, masukkan garam, kiub pati ayam, serbuk maggi secukup rasa dan lada putih. Seimbangkan semua rasa mengikut selera anda.
  4. Renehkan sup kita dalam 5 minit baru masukkan bihun.
  5. Masukkan bihun dan kacau rata-rata. Bila bihun dah lembut boleh tutup api. Taburkan daun sup dan daun bawang. Dah siap bihun sedap kita. Makan dengan cili kicap memang padu.
Baca juga :  Cara untuk membuat Homemade Chilli Flakes yang pasti sedap.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.