Cara untuk membuat Jagung Rebus Krim Cheese Leleh yang sangat mudah dan sedap!

Masih bertemakan jagung hari ini. Kita ubah, letak cream cheese pulak. Makan waktu hujan gini, sedap oihh. Resipi Jagung Krim Cheese Leleh ini telah dikongsikan oleh Puan Nurhayati Abd Malek. Selamat mencuba!

Bahan-bahan dia mudah sangat:

  • 5 batang jagung (dibelah tiga).
  • 1 pek cream cheese (250gm) dibiarkan pada suhu bilik.
  • ½ cawan susu pekat manis.
  • 2 tin susu cair.
  • ½ cawan air.
  • ½ cawan butter.
  • Sedikit garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebuskan sekejap jagung dengan air macam biasa.
  2. Kemudian buang air rebusan. Masakkan bersama susu cair dan air.
  3. Masukkan butter dan biarkan sekejap.
  4. Masukkan cream cheese suhu bilik. Kacau kacau tau sampai rata.
  5. Masukkan susu pekat manis. Ikutlah korang nak manis mana.
  6. Biarkan mendidih gitu. Slurp! Menjejes dah air liur.
  7. Dah Siappp! Okeh tuangkan kuahnya pada jagung time nak makan nanti.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Masam Manis

Sedap oihhh. Bertambah makan! Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.