Jom cuba buat sendiri Bihun Celup Siam. Bahan semua mudah dapat dan ringkas cara penyediaannya!

Bila malam-malam terasa nak makan Bihun Celup Thai. So kita cuba cari bahan-bahan yang ada kat dapur bolehlah buat simple jer. Sedap hirup kuahnya panas-panas. Jom kita tengok resepi yang dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg tulang lembu/ daging/ ayam.
  • Meat ball secukupnya.
  • 1 labu bawang putih diketuk *.
  • 1 ikat akar ketumbar diketuk *.
  • Halia diketuk *.
  • Serai diketuk *.
  • Lengkuas diketuk *.
  • Rempah sup bunjut.
  • Kicap ikan.
  • Kicap mountain Thai/ kicap cair.
  • Ajinomoto.
  • Gula garam.
  • Minyak untuk menumis.
  • Air untuk kuah secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumis bahan-bahan yang bertanda * yang diketuk tadi dan rempah sup bunjut hingga wangi.
  2. Masukkan air, daging dan ayam. Rebus hingga daging dan ayam empuk. Kemudian masukkan meatball baru masukkan kicap ikan, kicap mountain Thai atau kicap cair, ajinomoto, gula dan garam. Kecilkan api. Biarkan kuah sentiasa panas.
  3. Bila daging dah empuk keluarkan dan hiris nipis-nipis. Carik-carikkan isi ayam hingga halus.
  4. Untuk hidangan lengkap, masukkan bihun, kangkung celur, taugeh, daging yg dihiris nipis-nipis, isi ayam dan tuangkan sup serta meatball ke dalam mangkuk bihun.
  5. Taburkan chili flakes, bawang goreng, cili jeruk, air lada dan serbuk lada sulah Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Jom kita masak Nasi Goreng Cina ni. Simple dan tak pedas sangat. Anak-anak pasti suka!

Bahan-bahan yang perlu dicelur:

  • Kangkung/ sawi.
  • Bihun/ keaw teaw/ mee/ maggie.

Bahan-bahan tambahan:

  • Daun ketumbar – hiris kasar.
  • Daun bawang.
  • Chili flakes dan Cili jeruk.
  • Bawang goreng.
  • Serbuk lada sulah.
  • Air lada (cili padi merah+cuka+garam+gula diblend).

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.