Resepi Bihun Tomyam Pekat melekat. Pasti puas hati punya. Jom la cuba!

Resepi Bihun Tomyam Piaw. Peminat tomyam mesti ramai kan? Jadi Kalau korang buat tomyam ni hati-hati ya. Konfem berpeluh-peluh dahil nanti. Jangan tersedak waktu menghirup dah la. Azab sangat nanti hehe. Selamat mencuba ya.

Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi ini ada ditambah satu dua bahan oleh pemilik asal resepi untuk memberi kesedapan yang luar biasa.

 Bahan-bahan yang diperlukan serta cara membuatnya:

1. Sediakan bahan-bahan di bawah:

  • 3 helai daun limau purut.
  • 4 tangkai cili padi.
  • 1 biji bawang besar Holland.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 1 keratan batang daun ketumbar.
  • 3 hiris nipis lengkuas.
  • 1 inci halia (diketuk).
  • 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya).
  • 1 biji tomato

2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato. Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. Inilah rahsia untuk memekatkan kuah tomyam anda.

3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.

  • 1 pek asam pedas Adabi.
  • 1 pek tomyam Adabi.
  • 1 sudu besar Thai Tom-Yum.
Baca juga :  Resepi Nasi Goreng Tomyam Seafood. Resepi pasti laku keras!

4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.

5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.

6. Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.

7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.

8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula. Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.

9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.

10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.

11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.

12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.

Baca juga :  Sedapnya Ikan Rebus Selayang Goreng ni. Makan dengan Nasi Panas dan Kicap pun dah cukup tau. Ini cara untuk membuatnya!

Semoga bermanfaat. Respi ini telah dikongsikan oleh pemiliknya sendiri iaitu Puan Afy AL Habibi. Terima kasih ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.