Resepi Bakso Super Sedap dengan bebola daging yang lembut dan padu!

Ada peminat Bakso tak? Menu sya masak kemarin, sja masak ubah selera. Jom kita cuba Resepi bakso Simple ini hasil daripada perkongsian Puan Qasih Jue Aisya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk buat supnya:

  • 2 labu bawang besar.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 2 sudu besar lada hitam.

Semua bahan diatas kisar halus.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan periuk, masukkan sedikit mnyak kemudian tumis bahan kisar tadi kacau-kacau sekejap.
  2. Kemudian masukkan air, dan masukkan seketul pati kiub ayam, sedikit garam. bila kuah dah menidih masukkan meatball.
  3. Reneh sampai meatball masak kemudian dah siap.

Cara membuat berbola daging bakso:

  • 250 grm daging kisar.
  • 3 sudu besar tepung ubi.
  • 1 sudu besar garlic in olive oil.
  • ½ sudu besar lada putih.
  • 1 biji putih telur.
  • Garam secukup rasa.
Baca juga :  Dah jemu makan bihun goreng yang biasa? Jom cuba Bihun Goreng Siam pulak!

Cara-cara untuk membuat bebola daging bakso:

  1. Kisar semua bahan sampai halus.
  2. Kemudian masukkan kedalam bekas dan uli kemudian bentukkan bulat-bulat.
  3. Kemudian masukkan ke dalam Sup Bakso. Kalau nak cepat beli yang dah siap, balik terus masak je.

Untuk Sos cili merah pedas:

  • 20 tangkai cili padi merah.
  • 10 tangkai cili padi hijau.
  • 5 tangkai cili kering.
  • 2 ulas bawang putih.
  • Secubit garam.

Kisar mentah semua bahan ni, kemudian tuang ke dalam mangkuk.

Bahan rampai untuk hiasan:

  • Daun sup, taugei dan bawang goreng.

Sos tambahan penyedap BAKSO:

  • Sos cili, sos Tomato dan kicap manis kipas udang.

Time nak makan tuang semua kicap dan sos ni sesuaikan rasa jangan lupa letak sos cili merah pedas. Yang ni membuatkan bakso sedap gile. Masam manis pedas. Selamat mencuba semua.

Baca juga :  Resepi untuk membuat Congo Bars. Mudah sangat untuk dibuat untuk keluarga!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.