Resepi mudah untuk membuat Biskut Mazola. Kuih paling laku ni pagi raya!

Resepi mudah untuk membuat Biskut Mazola. Kuih paling laku ni pagi raya! Siap sekilo tepung kita membuatnya. Resepi mudah ni telah dikongsikan oleh Puan Wani Ramli. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tepung gandum 1 kilo.
  • Kacang tanah 300g.
  • Gula 2 gelas.
  • Minyak mazola / Minyak jagung 2 cwn ( xkisah brand apa).
  • Soda bikarbonat 1 sudu besar.
  • Kuning telur + pewarna kuning.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak tggu sejuk buang kulit dan blend kering smpai hancur.
  2. Blend kering gula.
  3. Sekalikn tepung gandum + kacang + gula + soda bikarbonat dan gaul rata.
  4. Masuk minyak mazola dan gaul sampai jadi doh.
  5. Tekap dengan acuan (yang ni guna acuan tutup botol ja) dan sapu kuning telur.
  6. Masuk oven bakar suhu 170°C masa lebih kurang 10 minit atau ikut jenis oven masing2.
Baca juga :  Resepi daging masak hitam yang lembut dan pastinya menyelerakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.