Cara lengkap untuk membuat Laksa Terengganu Kuah Masak. Sekali rasa pasti nak lagi!

Laksa Terengganu ada kuah masak, satu lagi kuah putih. Kali ni saya nak kongsi Kuah masak. Resepi ini telah dikongsikan oleh Zaky Mat Ali. Selamat mencuba.

Bahan untuk kuah:

1 kilo ikan selayang segar direbus bersama garam dan asam keping dan diambil isinya. Isi ikan dikisar.

Bahan kisar:

  • 2 ulas bawang besar merah dan 3 ulas bawang putih.
  • 4 hiris lengkuas dan 4 hiris kunyit.
  • 1 inci halia.
  • 2 sudu rempah masak cap bunga ros.
  • 2 sudu rempah gulai cap bunga ros.
  • 5-6 sudu cili kisar.
  • Setengah sudu asam jawa dan Setengah sudu belacan.
  • 700 gram Santan.
  • Minyak untuk menumis.
  • 1 keping nisan ( gula melaka ).
  • Garam dan gula secukup rasa.
Baca juga :  Resepi Singgang Ikan Pedas Versi Terengganu

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan bahan kisar bersama rempah dan cili kisar.
  2. Tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan belacan.
  4. Masukkan santan dan isi ikan, nisan, garam dan gula.
  5. Masak hingga pecah minyak.

Bahan-bahan Ulaman:

Daun kemangi, Kobis, Kacang panjang, Tauge dan Timun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.