Resepi Ayam Perattal Kalah Kedai Mamak. Memang lauk sesuai untuk penggemar ayam!.

Resepi Ayam Perattal Kalah Kedai Mamak. Ringkas tapi menyelerakan. Kalah kedai mamak tau sebab masak sendiri penuh kasih sayang. Boleh makan dengan nasi panas, capatti, thosai, idly, roti canai, lemang, ketupat. Semua boleh. Cuba jangan tak cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ayam (dipotong kecil).
  • 1 biji tomato.
  • Daun kari.
  • Daun ketumbar.
  • 1 batang kayu manis.
  • 5 buah pelaga.
  • 2 bunga lawang.
  • 1/2 sudu besar jintan manis.
  • 2 1/2 sb serbuk cili.
  • 2 serbuk kari ayam/daging.
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
  • Garam.

Bahan-bahan kisar:

  • 5 biji bawang kecil.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 2 halia size ibu jari.

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
  2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak kelapa dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari.
  3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
  4. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.
  5. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam dan serbuk kunyit.
  6. Kacau sebati dan masukkan buah tomato.
  7. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari ayam/daging.
  8. Kacau sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana. Kacau sekali sekala. Jika terlalu kering, boleh tambah air sedikit.
  9. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak dalam 5 minit lagi. Siap!
Baca juga :  Ada peminat Tomyam Santan Putih tak? Sekali cedok pasti tak cukup punya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.