Cara membuat Inti Karipap Kari Ayam. Pasti Karipap anda laku keras dan ramai peminat.

Masak inti kari ayam & kentang pulak. Nanti, kalau rajin bolehlah buat karipap. Kalau tak rajin, simpan dulu dalam freezer. Sebenarnya, saja nak habiskan 3 ketul kentang yang terbiar kat dapur tu. Takut rosak. Biasanya, saya gunakan ayam cincang. Tapi, harini saya gunakan sekeping dada ayam yang beratnya 200 gram.

Resipi ni, cukup untuk 25-30 ketul karipap mengikut resipi yang saya kongsikan sebelum ini (Refer IGTV). Inti Kari Ayam & Kentang (Karipap, Samosa & Lain-lain).

Bahan-bahan (25-30 ketul karipap):

  • 1 biji bawang besar (hiris halus).
  • 1 sudu besar pes bawang putih-halia.
  • 1-2 pelepah daun kari.
  • 1 paket kecil (25g) serbuk kari ayam & daging.
  • 1/2 sdb serbuk cili.
  • 200g dada ayam (potong dadu) / ayam cincang.
  • 500g kentang (potong dadu).
  • 1 sudu besar air asam jawa.
  • Sedikit hirisan daun sup.
  • Garam secukupnya.
Baca juga :  Cara membuat Kuih Sagu Merah

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali.
  2. Masukkan bawang besar, pes bawang putih-halia & daun kari. Biarkan sedikit garing.
  3. Masukkan pula serbuk kari & serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan pula ayam & kentang. Masak sehingga ayam betul-betul masak & kentang lembut.
  5. Masukkan air asam jawa & perasakan dengan garam secukupnya. Masak lagi sehingga inti kering. Kacau sekali-sekala supaya inti tidak hangus.
  6. Taburkan dengan hirisan daun sup. Kacau rata. Sejukkan seketika sebelum digunakan.
Baca juga :  Cara dan Resepi Kepak Ayam Bakar Madu

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noor Ashikin Saerah. Terima kasih ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.