Resepi untuk membuat Kuah Percik Kelantan. Boleh guna pada ikan dan juga ayam!

Untuk yang nak makan percik rasa asli orang kampung. Aroma arang, ikan selar aduhai sedap. Semestinya dari tunjuk ajar Mok. Tertib masak nak dapatkan percik yang sedap macam ni : guna santan segar pekat, salut 2 kali kuah percik dan hasilnya. Insya Allah puas hati sangat. Resepi ini kepunyaan Ben Safwan. Selamat mencuba.

Resepi Kuah Percik Kelantan Warisan Mok:

Untuk 700 – 900 gram ikan. Bahan seperti berikut ya.

  • 3 ulas bawang merah saiz 20 sen.
  • 1 sudu teh ketumbar disangai.
  • 1/2 sudu makan cili kisar.
  • 1/3 inci belacan.
  • 1/4 inci hirisan halia.
  • 1 ulas bawang putih kecil.
  • 1 batang serai diketuk.

Cara membuatnya:

  1. Kisar lumat semua bahan dengan 25ml air.
  2. Tuang dalam periuk. Tambah 200 ml santan pekat. Letak serai. Perah asam limau nipis sehiris. Nak guna santan segar pun boleh.
  3. Tambah masuk 2/3 sudu makan gula, 1 sudu teh garam, 1 sudu teh serbuk perasa.
  4. Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau untuk elak berketul. Bila dah berbuih naik wap, tutup api. Siap.
  5. Tak perlu letak tepung. Penggunaan tepung hanya untuk jimatkan kos. Ganggu rasa kuah percik yang sebenar.
    Sukatan ini cukup elok dengan kuantiti ikan. Lebihan 1/2 mangkuk kecil sahaja.
Baca juga :  Rindu Nasi Kenduri? Jangan risau ini resepi lengkap Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah untuk anda!

Bahan Perap Ikan:

  • 700-900 gram.
  • 3 ulas bawang putih sederhana.
  • 1 inci kunyit.
  • 1/2 inci halia.
  • 1 sudu teh garam.

Kisar semua bahan lumat. Sapu pada ikan selar yang dikelar. Perap 40 minit minima. Letak dalam peti.

Tips nak dapatkan cantik seperti gambar:

  • 2 kali salutan kuah percik. Lepas bakar ikan atas arang hampir masak, cedok sapu kuah satu bahagian ikan, letak atas api sekejap dan teruskan salutan kali pada sebelah lagi serta proses sama.
  • Masa cedok tu alas pinggan bawah. Untuk lapik kuah percik yang meleleh turun. Nanti boleh guna balik. Baru tak membazir.
  • Orang cakap biar kena asap je dan tukarkan warna asal kuah percik. Jangan lama nanti kering kuah percik. Tak cantik.
Baca juga :  Resepi Lengkap untuk membuat Nasi Daging Utara bersama Air Asam Kerisik.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.