Resepi Ayam Kukus Masak Taucu Pedas

Menjadi masakan tradisi orang Teochew, resipi ayam kukus masak taucu pedas ini sangatlah mudah dan cepat untuk disiapkan. Hanya dengan menggunakan dua langkah iaitu menggaul bahan-bahan berkenaan pada ayam dan kukus.

Bahan-bahan:

  • 6 ketul ayam bahagian paha dan betis – Bersihkan dan potong kecil.
  • 1 biji bawang holland (dicincang).
  • 1 labu bawang putih (dicincang).
  • 6 cili merah (dicincang) – Jika mahu pedas boleh gantikan dengan cili api.
  • 1 sudu besar taucu.
  • 1 sudu besar gula perang- Boleh ganti gula putih.
  • 4 sudu besar kicap cair.
  • 1 sudu besar minyak bijan.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu kecil serbuk pati ayam.
  • Sedikit lada sulah.
  • 1 batang daun bawang (dihiris).

Cara penyediaan:

  1. Gaul sebati bahan-bahan dalam mangkuk. Alihkan ke dalam dulang dan kukus dalam 40 minit.
  2. Kukus ayam tanpa tambah air. Selepas dikukus, air ayam akan memenuhi dulang.
  3. Hiris halus batang daun bawang dan masukkan ke dalam hidangan sekitar 30 minit selepas dikukus dan kembali kukus sehingga masak (sekitar masa tambahan 10 minit).
  4. Siap untuk dihidang.
Baca juga :  Cara membuat Kerabu Kacang Botol yang sedap

Tak perlu tambah garam kerana rasa kicap sudah masin. Mudah bukan? Senang, ringkas dan yang penting sihat tanpa minyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.