Potato Cheese Ball ni pasti laku keras. Anak-anak pasti berselera!

Jom kita cuba untuk membuat Potato Cheese Ball ini. Saya pun perasan bila resepi ni lalu lalang jer dalam Facebook buat. Mana boleh tahan godaan tu. Jadi anak saya ajak buat dan alhamdulillah menjadi. Terima kasih Puan Shida Ambok kerana berkongsi resepi mudah dan sedap ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 biji Kentang.
  • 3 sudu besar tepung jagung.
  • Sedikit serbuk lada hitam.
  • Mushroom seasoning ataupun serbuk secukup rasa Maggi.
  • Keju Mozarella secukupnya.
  • Bread crumbs secukupnya.
  • Sebiji telur ayam.

Cara-cara untuk kita membuatnya:

  1. Rebuskan kentang sehingga empuk kemudian buangkan kulitnya dan lenyek-lenyek hingga hancur.
  2. Campurkan tepung jagung ke dalam kentang yang telah dilenyek tadi bersama-sama serbuk lada hitam dan mushroom seasoning. Gaulkan sebati dan jadikan bebola kecil.
  3. Isikan Keju Mozarella kedalam bebola kentang untuk dijadikan sebagai inti. Bulatkan agar tertutup sepenuhnya.
  4. Pecahkan dan kacau sebiji telur ayam dan celupkan potato ball ke dalam bancuhan telur tadi. Kemudian, terus golekkan bebola tu pada bread crumbs sebelum goreng.
  5. Bila dah siap goreng, angkat dan toskan. Bebola kentang cheese ni sedap di makan dengan cili sos.
Baca juga :  Tak ada idea nak sarapan apa? Jom kita buat Lempeng Kelapa yang sangat sedap ini!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.