Cara untuk membuat Ketupat Sotong Asli Kelantan

Resepi Ketupat Sotong Asli Kelantan. Eh eh kelmarin ayah mertua payung gambar ketupat sotong. Harini ummi pulak send kat group wasap. Aduhh du du tekak tetiba nak jugak.

Tapi tulah sotongnya takde. Kena pergi cari kat pasarlah esok hari. Hari ini kita payung resepi je dulu. Lama dah gambar ambik tapi baru nak upload.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 15 ekor sotong saiz sederhana.
  • 1 mangkuk santan.
  • 1/2 cawan beras pulut.
  • 1 ketul gula perang.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 2 helai daun pandan.
  • Lidi pencungkil gigi.
Baca juga :  Resepi Kerabu Sotong tanpa menggunakan Sos Ikan

Cara penyediaannya adalah seperti berikut:

  1. Basuhkan beras pulut dan toskan. Tambahkan sedikit garam pada beras pulut tadi.
  2. Masukkan sedikit santan sekadar tenggelamkan beras pulut.
  3. Kacau hingga sebati dan biarkan sema 10-15 minit nak bagi beras pulut kembang.
  4. Ambil sotong dan bukakan bahagian bawah. Masukkan beras pulut ke dalam. Masukkan separuh je tau sebab nanti masak ia akan padat.
  5. Masukkan kepala sotong tadi. Cucukkan dengan lidi pencungkil gigi macam ni.
  6. Susun dalam kuali. Tambahkan santan yang lebih tadi. Kalau ada beras lebih boleh tabur sekali.
  7. Masukkan daun pandan dan panaskan sehingga mendidih. Bila dah mendidih, masukkan gula perang yang dihiris.
  8. Masukkan gula pasir dan sedikit garam.
  9. Dah siap untuk dihidang.
Baca juga :  Cara dan Resepi Kerabu Sotong Thai yang akan mengecurkan air liur anda. Memang terbaiklah!

Selamat mencuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.