Resepi Salted Egg Cornflakes

Mesti ramai yang mencari bahan kudapan selepas berterawih. Apa kata anda semua cuba buat Salted Egg Cornflakes ni. Silap-silap boleh jadi menu kuih Hari Raya anda nanti. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gram Cornflakes.
  • 100 gram Butter / majerin.
  • 4 tangkai daun kari.
  • 4 tangkai cili padi dan digunting halus.
  • 4 biji telur masin. Ambil bahagian kuning sahaja.
  • 2 sudu besar gula.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Puteri Kechik. Terima kasih ya.

Cara memasaknya adalah seperti berikut:

  1. Panaskan butter dalam kuali. Masuk cili padi dan daun kari. Masak hingga bertukar warna sedikit.
  2. Masuk gula dan telur masin bahagian kuning tadi. Kacau sebati. Masuk conflakes. Gaul hingga cornflakes bersalut elok. Tutup api.
  3. Panaskan Air fryer / oven. Masukkan cornflakes bersalut tadi ke dalam. Bakar dalam 5 minit suhu 160 darjah atau hingga golden brown. Keluarkan dari fryer / oven dan biarkan seketika sejuk menggunakan suhu bilik. Jangan sejukkan dibawah kipas nanti cepat lemau.
  4. Dah boleh masuk bekas kedap udara.
Baca juga :  Cara Membuat Cornflakes Butter Madu yang sangat rangup, berlemak dan mengasyikkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.