Resepi Ayam Percik Simple Guna Oven Sahaja

Resepi ayam percik simple je. Gunakan Oven sahaja. Kalau takde oven mungkin boleh guna pemanggang ajaib. Kalau takde juga bakar la atas kuali pun boleh. Selamat mencuba.

Ini gula kerek ya kawan-kawan.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Seekor Ayam di potong 4 bahagian.
  • 5 ulas Bawang putih.
  • 2 biji Bawang besar.
  • 2 inci Halia.
  • 3 batang Serai.
  • Sedikit Cili kisar.
  • 1 sudu Serbuk kunyit.
  • 1 ketul Gula kerek.
  • Sedikit Garam.
  • Santan kotak.
  • Madu

Cara untuk menyediakanya pula adalah seperti berikut:

  1. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, serbuk kunyit, gula kerek dan garam.
  3. Masak seketika. Ambil ayam dan masukkan ke dalam kuah tadi. Siram ayam dengan kuah sambil tu kelar-kelar/tikam-tikam ayam tadi supaya kuah meresap ke dalam isi ayam.
  4. Bila ayam sudah separuh masak, angkat dan bakar ayam tersebut. Terpulanglah la nak bakar menggunakan arang ka, oven ka atau pemanggang ajaib ka. Bakar sehingga garing dan masak.
  5. Lebihan kuah tadi, masukkan santan dan madu. Masak sehingga pekat. Ambil kuah tadi siram ke atas ayam. Dah siap.
Baca juga :  Resepi lengkap untuk membuat Gulai Daging Cendawan Sisir. Kita pelbagaikan menu daging kita kali ni!

Terima kasih kepada tuan empunya resepi iaitu Puan Norsyaedah Yusof. Selamat mencuba ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.