Cara untuk membuat Sambal Sardin bersama telur yang membuka selera anda.

Biasa kita makan sambal sardin tumis biasa kan. Ni saya letak telur. Sedap sangat kuahnya. Jom kita tengok resepinya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Iryani Zaki. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 biji bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 2 sudu besar cili kisar.
  • Asam keping.
  • Bawang besar Holland.
  • Sardin.
  • 3 sudu besar cili sos.
  • Telur ayam.

Cara- cara membuatnya:

  1. Goreng ikan sardin hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisarkan bawang merah bersama bawang putih.
  3. Kemudian, tumiskan cili kisar bersama bawang kisar hingga naik bau.
  4. Masukkan bawang holland besar yang dah dihiris nipis.
  5. Masukkan kuah sardin, asam keping dan sos cili. Letakkam sedikit air biarkan mendidih.
  6. Pecahkan telur dan kacau hingga hancur. Kuah akan jadi pekat. Perasakan dengan gula dan garam.
  7. Angkat dan curah ke atas ikan sardin yang digoreng tadi.
Baca juga :  Resepi Ayam Goreng Seringgit

Dah siap dah menu sambal Tumis Sardin Telur ni. Makan dengan nasi panas. Perghhh sedap lah. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.