Resepi untuk membuat Biskut Sarang Semut kegemaran kita semua sepanjang masa.

Biskut raya pertama : Biskut Sarang Semut. Ini percubaan pertama Cik Fieyza buat biskut ni. Orang kata renyah sebab nak kena parut bagai tapi setiap biskut ada keunikan tersendiri kan.

Memandangkan lama tak bakar biskut, pada mulanya tersilap pusing arah api. Itu yang jadi dua benua rupa dia. Cik Fieyza kongsi resipi yang telah diolah mengikut apa yang dipelajari hari ni kalau ada yang nak cuba. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Novelis Afieyza Isahak. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Buttercup – 1 buku.
  • Tepung kastard – 2 cawan diayak.
  • Tepung jagung – 1 cawan diayak.
  • Tepung gandum – 1 cawan setengah diayak.
  • Gula halus – 1 cawan.
  • Kuning telur – 1.
  • Esen vanila – 1 sudu kecil.
  • Sedikit pewarna kuning.
  • Paper cup.
  • Coklat rice / Coklat manik.
Baca juga :  Cara untuk membuat biskut kegemaran ramai iaitu Biskut Kacang Peas. Sangat sedap weh!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan buttercup dan gula halus. Pukul sehingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. Pukul sebati.
  3. Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan. Adunan memang lembut. Jika masih melekat, tambah sedikit tepung gandum.
  4. Boleh simpan dalam setengah jam dekat peti ais atau boleh parut terus dan masukkan dalam papercup. Hias dengan coklat rice.
  5. Bakar guna api atas bawah – 170c selama 30 minit atau ikut suhu oven masing-masing.
  6. Siap dah boleh disimpan untuk makan pagi raya nanti.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.