Resepi Jeruk Betik, Buat Sebalang Pun Terus Habis Sebab Terlajak Sedap!

Aneka jeruk menjadi kegemaran ramai, terutamanya jeruk betik yang boleh didapati di pelbagai gerai kecil. Tekstur yang rangup serta rasa masam dan manis jeruk itu boleh membuat sesiapa ketagih.

Bagi penggemar jeruk ini yang rasa tak rajin atau puas untuk membelinya, seeloknya anda buat sendiri jeruk betik di rumah dengan mengikuti resepi jeruk betik ini yang telah dikongsikan oleh Musyahadah Oo di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Resepi Jeruk Betik, Buat Sebalang Pun Terus Habis Sebab Terlajak Sedap!

Bahan-bahan:

  • Betik mengkal (kuning sedikit).
  • 8 biji asam boi warna oren.
  • 2 cawan air.
  • 1 cawan gula.
  • 1 cawan cuka.
  • 1/2 sudu teh kapur – guna jenama ini.

Cara-caranya:

  1. Rebus asam boi bersama gula. Kalau nak lebih manis, boleh tambah atau kurangkan.
  2. Agak-agak sudah bertukar warna oren, biarkan menggeledak selama 5 minit.Jeruk betik
  3. Masukkan cuka ikut citarasa, nak asam lebih atau kurangkan mengikut citarasa. Masak sekejap dan sejukkan.
  4. Kupas betik dan potong macam dalam gambar, tebal sama seperti duit syiling 50 sen atau ikut suka anda.Jeruk betik
  5. Cuci dan rendam betik dalam air kapur selama 5 minit. Basuh, buang air dan toskan.
  6. Bila dah agak kering, masukkan ke dalam balang yang berisi air asam tadi.
  7. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama dua hari sebelum sedia untuk dimakan.Jeruk betikJeruk betik
  8. Jeruk betik ini akhirnya siap dan sedia untuk dinikmati pada bila-bila masa. Untuk kekal segar, pastikan anda menghabiskannya dalam masa seminggu. Memang sedap, tak sia-sia menyediakannya!
Baca juga :  Kaedah dan cara buat Kulit Karipap yang rangup dan tahan lama.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Musyahadah Oo

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.