Resepi Kuih Raya Oat Chocolate Snow Cookies. Tengok gambar pun dah boleh tau kesedapan dia macamana.

Selamat malam. Alhamdulillah siap membaking kejap tadi. Ada yang teringin pulak. Jadi kita pun buat la Oat chocolate snow cokies ni. Ada orang sebut jejari oat nestum. Apa-apa pun biskut ni boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anda sendiri

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Badariah Abd Rahma. Kata beliau, ini adalah antara biskut fav kami sekeluarga.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan butter/marjerin ditambah 2 sudu makan minyak sapi. Tak nak takpe ganti guna marjerin je.
  • 3/ 4 cawan gula aising.
  • 1 1/2 cawan oat dikisar halus.
  • 1/2 cawan nestum. Saya ganti serbuk badam dan bubuh badam cicang sikit dalam segenggam.
  • 1 sudu makan tepung jagung.
  • 1 sudu makan emplec.Kalau tak ada boleh ganti tepung beras.
  • 1 cawan tepung gandum di ayak.
  • 3 sudu makan serbuk koko.
  • 2 sudu makan susu tepung.
Baca juga :  Resepi Kek Labu

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan gula dan butter bagi sebati je. Tak payah lama-lama.
  2. Masuk semua bahan kecuali tepung. Masukkan tepung sikit demi sikit dan uli lembut. Adunan memang lembut ye. Kalau lembik tambah sedikit tepung.
  3. Kemudian, Tekaplah guna acuan yang disukai. Panaskan oven dulu.
  4. Bakar pada suhu 160 darjah menggunakan api atas dan bawah selama 1/2 jam atau mengikut kepanasan oven masing-masing. Bila dah masak masa kuih biskut ni masih suam-suam bolehlah salut dengan susu.
  5. Untuk menyalutkan dengan susu. GunakanĀ 1 1/2 cawan susu tepong dan ditambah bersama 1/2 cawan gula snow aising. Kalau tak nak gula boleh guna susu je.
Baca juga :  Cara untuk membuat Biskut Bunga Cina dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja tanpa guna oven.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.