Petua dan Ikhtiar untuk menghilangkan keletihan badan

Selepas seharian sibuk bekerja pastinya badan rasa lemah dan letih. Nak-nak sekarang musim PKP. Duduk dalam rumah lagi penat sebenarnya. Kalau boleh nak tidur je seharian kan. Tapi sebelum tidur apa kata anda mandi dulu dengan air daun limau purut supaya tubuh badan berasa lebih segar.

Cara penyediaannya sangat mudah dan bahannya mudah untuk didapati. Ikuti langkah di bawah ini:

  • Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus.
  • Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4.
  • Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam. Ramaskan daun limau purut dan perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya.
  • Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala & rambut.
  • Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda.
Baca juga :  Cara Deep Cleaning Tilam Anda

Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan. Semoga Bermanfaat!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.