Petua Untuk Membuang Angin Dalam Badan

Petua ni saya dapat dari sorang ustazah darussyifa’. Dia suruh amalkan untuk orang yang banyak angin dalam badan.

Bila badan kita berangin, kita jadi malas nak buat keja, selalu sakit kepala, lenguh-lenguh sendi, sebu perut,susah nak kentut, kadang makan pun tak lalu kan.

Amal minum air rebusan ni..InsyaAllah, lepas tu asyik kentut-kentut, sendawa, rasa ringan badan, kepala pun rasa ok..selain tu peluh kita pun bau wangi tau..bahan pun mudah dapat dan murah saja.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Serai 3 batang.
  • Halia (ketuk-ketuk sikit).
  • Biji ketumbar segenggam.
  • Air seperiuk.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Ketumbar yang sangat menyelerakan. Sesuai digandingkan dengan pelbagai menu lain.

Cara membuatnya:

  • Campur semua bahan, rebus sampai tinggal separuh air. Minum masa suam-suam. Sedap tau. Rasa dia macam teh tanpa gula. Pastu get ready la lawan kentut laki bini pruttt pruttt pruttt puttt puttt putttt.

Terima kasih pada ustazah tu. Semoga setiap orang yang amal dan beroleh kesembuhan akan terus mengalir pahala buat ustazah. Saya pun lupa nak tanya nama ustazah tu.

Selamat beramal. Cara ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Sumiza Roseli. Terima kasih.

Baca juga :  Cara mudah untuk mencuci mesin basuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.