Petua Mengira Sukatan Air yang lengkap Untuk Masak Agar-Agar.

Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu? Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.

Kiraan asas jumlah AIR vs berat AGAR-AGAR:

  • 10 gram agar-agar = 1 liter air

Jika anda guna AGAR-AGAR SERBUK:

  • 13 gram serbuk agar-agar = 1.3 liter air
Baca juga :  Pencuci mulut ni memang popular tau. Apa lagi jom la buat Agar-Agar Santan Gula Melaka yang lembut dan enak!

Andai guna AGAR-AGAR BERTALI:

  • 25 gram agar-agar = 2.5 liter air.
  • 30 gram agar-agar = 3 liter air.

Mudah tak? Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba! Terima kasih kepada Puan Diana Ana. Selamat memasak semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.