Cara yang betul untuk memilih ayam sebelum dibeli

Pernah tengok tak orang dok belek-belek ayam di pasar basah mahupun dipasar raya. Pilih, potong dan bayar. Namun tidak ramai yang tahu cara yang sebetulnya untuk memilih ayam yang betul-betul baik dan elok.

Terdapat beberapa kriteria ayam yang dijual. Melalui kondisi ayam, kita boleh lihat dan pilih ayam yang betul-betul mengikut hukum syarak atau tidak. Pagi tadi semasa hendak membeli ayam di pasar, saya sempat bertanya kepada Haji yang menjual ayam tersebut. Katanya kalau nak pilih ayam, pastikan bontot ayam tersebut masih lagi berwarna putih. Ini kerana ayam yang berbontot putih diproses selepas ayam tersebut benar-benar telah mati.

Manakala ayam berbontot merah adalah dipercayai ayam tersebut diproses sebelum ayam itu mati, contoh cabut bulu masa ayam tersebut masih hidup. Bagi ayam yang bebontot biru dipercayai ayam teersebut sudah mati baru sembelih (bangkai).

Baca juga :  Tips untuk membuat Salutan Ayam Goreng yang Rangup dengan Tepung Bestari Sahaja!

Info Dari Orang Yang Bekerja Sebagai Penyembelihan Ayam di Pusat Proses Ayam.

Kalau pilih ayam yang telah siap dipotong pilihlah ayam bulat atau bahagian-bahagian ayam tidak mempunyai tanda lebam atau kebiruan kerana ayam yang ada tanda tersebut memang ayam mati sebelum disembelih.

Antara ciri-ciri yang lain adalah seperti berikut, namun ini hanyalah panduan dan terpulang kepada anda untuk menentukan pemilihan ayam anda sendiri.

Warna ayam

Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu berwarna pucat atau kebiru-biruan. Biasanya ayam itu telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.

Tekstur ayam

Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu. Isi ayam yang segar apabila ditekan dengan jari akan terasa empuk dan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan dan tenggelam, ayam itu dipercayai ayam stok lama. Ayam yang kenyal dipercaya telah diletakkan formalin.

Baca juga :  Cara membuat Inti Karipap Kari Ayam. Pasti Karipap anda laku keras dan ramai peminat.

Darah ayam

Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.

Bau ayam

Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yg berbau hanyir.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.