Seperti yang diminta, ini dia kuih raya paling mudah, tak perlu di bake tapi paling addictive dan sedap, Crunchy Almond Clusters. Tapi Danish buat dalam berbagai versi untuk berikan idea kepada semua bagi memeriahkan lagi balang kuih raya masing-masing nanti.
Tak perlu letak dalam papercup, terus sudukan atas tray ikut saiz bagaimana yang dimahukan, masukkan dalam peti sejuk untuk cepatkan proses chocolate keras. Bila sudah keras, pindahkan ke dalam bekas kedap utk disimpan, senang dan jimat!
Benda ini senang buat ketagih, buat berkilo-kilo pun belum tentu akan cukup! Sila baca semua tips dan info dibawah ya. Happy trying! #ResipiDanishHarraz
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
(Boleh di double tripplekan adunan asalkan sukatan sama)
- 500 grams Slivered Almonds.
- 500 grams Dark Baking Chocolate (Jangan guna Milk chocolate unless memang suka manis. Lebih berkualiti dark chocolate yg digunakan akan lebih sedap hasilnya dan tidak manis!).
- Sedikit Sea Salts, Colourful Sprinkles dan lain-lain deco yang menarik untuk dijadikan hiasan (optional).
Tips dan cara tambahan:
- Almond perlu di panggang terlebih dahulu selama 10-15 minit, ikut suhu oven masing-masing ya. Atau boleh juga digoreng tanpa minyak diatas stove.
- Boleh juga guna Kekacang lain. Step sama.
- Jangan guna Choc Chips, tak sesuai. Guna Choc Compound. Boleh guna Premium Dark Baking Chocolate untuk yg mahukan rasa chocolate lebih premium, sedap dan pure tapi untuk tutorial ini Danish guna Beryl’s Dark Compound untuk share hasilnya supaya semua pun boleh mencuba, hasilnya not bad. Jadi ikut budget masing-masing ya.
- Bila chocolate sudah dicairkan, terus masukkan almond, ini untuk menghalang chocolate mengeras terlalu cepat sebelum sempat siap kita scoop semuanya kedalam baking tray.
- Sejukkan Almond Clusters didalam peti sejuk untuk hasil yang lebih cepat.
- Cara Danish simpan, Danish susun dalam bekas kedap udara dan disimpan dalam peti sejuk. Boleh biarkan diluar tapi dalam suhu bilik dan tidak panas.
UNTUK BUAT CRANBERRIES ALMOND CLUSTERS:
1 cawan Dried Cranberries dicincang (simpan sedikit untuk topping) dan digaulkan bersama Almonds dan Coklat Cair. Step sama. Kemudian sprinkle kan sedikit Cranberry cincang keatasnya sebagai topping. (Boleh juga guna Raisins jika suka)