Resepi Mee Bandung dengan kuah pekat likat sedap tak tertanggung!

Resepi Mee Bandung dengan kuah pekat likat sedap tak tertanggung! Jangan tanya dari negeri mana yang penting hasilnya memang kebabom sedap. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Mariana Zainal. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Mi secukupnya. Basuh mi, celur kemudian toskan.
  • Sedikit isi ayam atau daging danĀ Udang segar.
  • Tauhu (potong dan goreng sekejap jangan sampai garing).
  • 1 batang carrot (potong ikut suka).
  • Putik jagung (jika suka).
  • Sedikit sawi danĀ 1 biji tomato belah 4.
  • 4 biji telur.
  • 1/2 cawan sos cili (kurang boleh tambah).
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 1 1/2 sdb tepung jagung (bancuh tepung jagung dengan 1 cawan air).
  • 3 sdb gula pasir dan 1 sdb garam.
  • Bahan perasa jika perlu.
  • Air untuk kuah secukupnya. Saya guna 1.5 liter air. Kalau tercair tambah air bancuhan tepung jagung.
  • 3 senduk minyak untuk menumis.
Baca juga :  Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api. Kuah banjir buh kicap sikit memang padu la menu ni!

Bahan-bahan hiasan:

  • Daun sup.
  • Bawang goreng.
  • Cili padi.

Bahan-bahan kisar:

  • 15 tangkai cili kering.
  • 1 1/2 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 5 sdb udang geragau kering (kalau guna udang kering bubuh 3 sudu besar).

Kisar semua bahan diatas.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, gula, garam dan bahan perasa hingga betul-betul naik minyak dan bahan kisar agak garing.
  2. Masukkan sos cili dan sos tiram dan kacau sekejap.
  3. Masukkan ayam. Bila ayam hampir empuk masukkan air. Bila dah mendidih masukkan carrot dan tomato.
  4. Bila dah mendidih ganas baru pecahkan telur. Jangan kacau untuk biar telur masak elok.
  5. Apabila telur dah masak elok. Masukkan sawi, udang dan tauhu. Masukkan juga bancuhan tepung jagung kemdian biarkan kuah mendidih seketika.
  6. Akhir sekali sesuaikan rasa dan dah siap. Jika nak kuah merah gelap, renjis sikit kicap manis.
Baca juga :  Dah ada menu kudapan yang sedap? Ini Cara Terbaik Untuk Buat Bingka Labu yang lembut dah rangup diluar.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.