Cara untuk membuat Biskut Double Chocolate Chip yang rangup dan padu! Kuih raya anda pasti laku keras.

Nak resepi cookies lagi tak? Mommy baru siap buat double choc chip pagi tadi untuk order raya so dah boleh rest sekarang. Cookies ni asalnya besar-besar macam subway cookies tu tapi mommy dah olah jadi macam cookies size biasa-biasa je sebab lebih senang nak handle.

Rasanya lebih kurang chipsmore tu ,tasty yummy crunchy gitu. Dah banyak kali share resepi ni tapi takpe mommy share lagi dan lagi untuk anda semua. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Nor Azliza Mohamed. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan butter.
  • 3/4 cawan gula perang.
  • 1/2 cawan gula halus.
  • 2 biji telur ayam.
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanilla.
  • 2 cawan tepung gandum diayak.
  • 1/2 cawan cocoa powder diayak.
  • 3/4 sudu kecil baking soda diayak.
  • 1/4 sudu kecil garam halus.
  • 1 cawan choc chip.
  • 1 cawan almond nibs @ almond strips @ almond flakes disangai sekejap.
Baca juga :  Resepi dan Cara untuk membuat Kulit Karipap yang Rangup

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kacau butter bersama gula perang dan gula halus sehingga sebati.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ditambah esen vanilla dan sambung kacau lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  4. Masukkan choc chip bersama badam dan kacau sekata.
  5. Scoop @ sudukan adunan di atas baking tray dan bakarkan pada suhu 170°c selama lebih kurabg 15 hingga 20 minit. Saya tambah masa bakar untuk lebih rangup.

Selamat membaking dan mencuba semua.

Baca juga :  Cara untuk membuat Biskut Makmur. Gebu-gebu dan cari dalam mulut!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.