Cara untuk membuat Kek Buah Bakar yang sangat gebu dan sedap. Kudapan anda sekeluarga yang mudah disediakan.

Kami nak kongsikan kepada anda Cara untuk membuat Kek Buah Bakar yang sangat gebu dan sedap. Kudapan anda sekeluarga yang mudah disediakan. Lepas la untuk kudapan si bujang dan si ayahnya. Malam tadi buat 5 biji Kek sampai kul 2 pagi jugak la.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Yati Yati. Selamat mencuba.

Bahan 1:

  • 250 gm butter / planta.
  • 100 gm gula perang.
  • 4 biji telur.

Bahan 2:

  • 225 gram tepung naik sendiri.
  • 1 sudu kecil Serbuk kulit kayu manis.
  • 230 gram buahan campuran.

Ayakkan tepung dan serbuk kulit kayu manis. Ambil 3 sudu besar tepung ni untuk gaul buahan campuran kemudian ketepikan agar buahnya tak mendap kebawah bila bakar nanti.

Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Putu Kacang. Kini anda mampu membuatnya sendiri!

Bahan 3:

  • 2 sudu susu cair /susu tepung.
  • 2 sudu madu jika suka.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
  • 1 sudu besar sunquik.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mixerkan butter dan gula perang sampai menjadi putih.
  2. Kemudian, masukkan telur dan sambung mixer lagi.
  3. Seterusnya, masukan tepung dan bahan 3 dan mixer sehingga semuanya sebati. Matikan mixer baru masukan buah-buah campuran dan gaul menggunakan senduk sahaja.
  4. Gunakan loyang bersaiz 8 x 8 dan Bakar menggunakan suhu 160 darjah mengikut oven masing-masing ya dengan api atas dan bawah selama sejam.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.