Jom buat Kuih Tepung Pelita dengan mudah dan cepat. Rasa pun lagi sedap!

Kali pertama cuba buat Kuih tepung pelita. Saya ambil resepi dalam ni. Memang betul-betul sedap dan menjadi elok. Paling saya suka bahagian putih tu. Lemak berkrim santan. Suka tak? Siapa nak resepi angkat tangan. resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ida Zaida.

Lapisan bawah:

  • 1 cawan tepung beras.
  • 1 cawan gula.
  • 1/2 cawan air pandan.
  • 3 cawan air.
  • Sedikit pewarna hijau.

Satukan semua bahan dan kacau tanpa henti dengan api sederhana. Jangan bagi berketul. Bila  dah pekat sikit kecilkan api terus kacau hingga berkilat dan nampak licin. Waktu panas-panas tu terus tuang ke dalam bekas.

Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Popular Malaysia iaitu Tepung Gomak. Sedap sampai taknak berkongsi dengan yang lain.

Lapisan atas:

  • 1 cawan tepung beras.
  • 2 cawan santan dari sebiji kelapa.
  • 1 sudu besar gula.
  • 1 sudu teh garam.
  • 3 cawan air.

Proses memasak sama seperti lapisan bawah tadi. Selamat mencuba. Pasti sedap dan memang sedap.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.